Saturday 8 February 2014

Alhamdulillah....Syukur.....



Alhamdulillah..syukur kepada Allah..Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang...


Mudahan kita sentiasa dalam limpahan rahmat dan inayah-Nya..dimurahkan rezeki yang penuh berkat serta tiada habisnya seperti makhluk Allah yang sentiasa mengelilingi kaabah,sentiasa dalam keampunan dan kasih sayang-Nya..



Syukur.. saya dapat mula menulis di medium blog ini..walau pun saya rasa sudah semacam agak lewat..yelah dah pun berumur lepas pertengahan 30-an baru nak start berblog..sekarang ni kalo di internet,golongan muda dah lama start berblog,berkongsi maklumat worldwide..tu belum lagi beratus social networks yang ade dalam perantauan jaringan maya ni..lebih mudah lagi sekarang ni just swap2 je jari pada skrin medium-medium gajet yang lebih canggih seperti tablet,smartphone dan sebagainya..kadang,tak terikut saya dengan kepesatan teknologi kini..mudahan di sebalik kelewatan ini dapat gak berkongsi sikit sebanyak maklumat yang berguna...


Ape pun Alhamdulillah syukur...:)



”Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Alnahl [16]: 18).




Sebenarnya saje saya dahulukan citer serba sikit tentang syukur ni dalam awal blog ni..hehe.. Jika nak bincangkan tentang topik syukur ini..konsepnya amat luas..ianya merangkumi segenap kehidupan.Yang jelasnya bersyukur adalah wajib bagi setiap kita kepada-Nya.. Yang Maha Esa..Nabi Muhammad kita sendiri walaupun jelas jaminan ke syurga, pun begitu baginda sentiasa menempatkan diri untuk mendapat rahmat Allah, sentiasa berqiamullail,bertahajud,memohon keampunan dan bermunajat kepada-Nya.Apatah lagi kita ni yang serba lemah ni..


Ringkasnya,para ulama menyatakan ada 3 cara bersyukur kepada Allah Ta'ala...


Pertama, bersyukur melalui hati..orang yang bersyukur sentiasa di hatinya melahirkan rasa terima kasihnya kepada Allah..atas apa pun yang diperolehinya..pernah beberapa orang beritahu kepada saya betapa perlunya berzikir di hati..malah ada teknik berzikir melalui nafas,setiap nafas dengan zikrullah..pada satu tahap..hati akan sentiasa berzikir..

Kedua, bersyukur melalui ucapan..lidah orang yang bersyukur sentiasa berzikir, sentiasa mengucapkan puji-pujian kepada Allah sebagai tanda terima kasih kepada segala nikmat yang Allah kurniakan.Ungkapan yang paling baik untuk menyatakan syukur kita kepada Allah adalah hamdalah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, ”Barangsiapa mengucapkan "subhanallah", maka baginya 10 kebaikan. Barangsiapa membaca "lailahaillallah", maka baginya 20 kebaikan. Dan, barangsiapa membaca "alhamdulillah", maka baginya 30 kebaikan.”


”Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).” (QS Al-dhuha [93]: 11).


Ketiga, bersyukur melalui perbuatan..anggota tubuh yang Allah kurniakan digunakan untuk beribadah hanya pada-Nya.Menurut Imam al-Ghazali, ada tujuh anggota tubuh yang harus dimaksimakan untuk bersyukur. Antara lain, mata, telinga, lidah, tangan, perut, kemaluan, dan kaki. Seluruh anggota ini diciptakan Allah sebagai nikmat-Nya untuk kita.Mengerjakan seluruh ibadah juga adalah tanda rasa syukur kita kepada-Nya..

Jadi bayangkan apelah maksudnya kita tak menunaikannya hak dan tuntutan Allah melalui ibadah....dah tentu maksudnya kite tidak bersyukur..



"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"-Q.S Ibrahim :7



Kadang kita ni jenuh diuji dengan macam-macam perkara dalam life ni..dengan kesusahan,juga kesenangan..ada yang diuji dengan kekayaan dan kemiskinan..kalo nak tulis satu-satu tak tertulis..bila sakit, fikiran  kita hanya fikir seolah kita lah seorang yang sakit atas muka bumi ni..hehe sedangkan dalam konsep syukur, kita seharusnya fikir bahawa ada orang lain lebih teruk sakit dari kita..(tak ngata kat orang,kadang saya sendiri gitu..Allahuakbar..lemahnya..)

Kadang kite bile dah ader kereta kecik nak lak yang besor lagi..nak lagi canggih..tapi kalo dengan niat untuk yang lebih perlu seperti nak kurangkan kos,anak dah bertambah ramai,maitainance kereta sedia ada dah makin tinggi,boleh je...tapi kalo saja-saja je elokkan rasanya kita peruntukkan untuk sesuatu yang lebih penting..hehe..kalo rumah lak.. rase rumah kita tak cukup besar..nak lebar sane sini, tambah sana sini..keinginan nak sesuatu yang lebih..memang ianya normal bagi manusia tapi kene bersederhana, caranya kene masukkan rasa syukur dalam kehidupan..


Mari kita lihat replika rumah Rasulullah,berdasarkan kajian terperinci dan huraian tepat dari hadis-hadis sahih..





Perhatikan yang berikut: 
1 - Pintu masuk tidak pintu, ia hanya satu tirai (Pelawat tidak mengetuk Mereka memanggil 
     namanya- Surah Al-Hujurat) 
2 - Terdapat tombak, panah, anak panah, dan pedang. 
3 - Terdapat sebatang kayu yang dia menggunakan untuk bersandar ketika memberi Khutbah dan 
     berjalan.
4 - Perkara-perkara lain termasuk penyiram yang diperbuat daripada kulit, pinggan, dan serban. 
5 - Bumbung diperbuat daripada dahan pokok sawit. Jika hujan, rumah menjadi basah! 
6 - Dan bantal yang digunakan adalah .... bata!



Model studio rumah itu dibina untuk memberi imbasan cara Rasulullah (Selawat dan rahmat ke atas Nabiku) 1400 tahun yang lalu. Rumah ini adalah sebahagian daripada pameran yang lebih besar dari kehidupan nabi (saw) yang telah diadakan pada tahun 2009 Jeddah, Arab Saudi



Allahuakbar..Subahnallah...rasa sayu hati ni bile lihat keadaan rumah nabi junjungan kita Rasulullah....

Tu belum lagi dengan cara hidup, pakaian, percakapan dan perwatakan, akhlaknya...betapa sederhananya manusia agung ini.Bila sekarang di tv9, tiap pagi,saya selalu tengok rancangan "Rasul Yang Kata"..setiap kali diceritakan tentang Rasulullah,setiap kali tulah saya sentiasa mengaitkan keadaan pada masa tu..dengan kehidupan dunia kini..


Syukur pada Allah ...terpilih menjadi umat mu Ya Rasulullah...


Selawat dan Salam ke atas Nabiku..Muhammad S.A.W..


Aku merinduimu Rasulku...